~ Muslimah Ayu ~
~ ASAL PERAK ~ SEORANG PENDENGAR YANG BAIK ~ SUKA BERKAWAN ~
Sunday, 22 November 2015
SECEBIS TANGISAN-Rabithah.
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Ustaz Adnin
Musik: Ustaz Adnin
Di nyanyikan oleh: Rabithah
***
VERSE 1:
Tikaku sendiri,
mengenang nasib diri,
ke mana ku kan pergi?
ku damba redha-Mu,
namun cinta-Mu,
jauhnya dariku...
Ya Allah tuhanku,
kurniakanlah aku,
secebis air mata,
beratnya dosaku,
gelapnya hatiku,
tuk menangis kerna-Mu...
KORUS:
oh tenangnya bahgianya,
damai tak terkata,
menangis pada-Mu,
kenang dosa lalu,
rindui diri-Mu..
Oh Tuhanku kurniakanku,
secebis air mata,
pabila ku resah,
engkau di hatiku,
hati jadi tenang!!!😢
VERSE 2:
tika ku merindu (mengingati-Mu)
ku kan mengingati-MU,
menyebut nama-Mu selalu,
cinta-Mu ku buru,
kasih-Mu ku tuju,
damba keampunan-Mu!!
KORUS:
oh tenangnya bahgianya,
damai tak terkata,
menangis pada-Mu,
kenang dosa lalu,
rindui diri-Mu..
Oh Tuhanku kurniakanku
secebis air mata,
pabila ku resah ,
engkau di hatiku,
hati jadi tenang...
(kurniakan aku secebis air mata
beratnya dosaku
gelapnya hatiku
tuk tangisan kerna-Mu,
oh tuhanku..)
Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Ustaz Adnin
Musik: Ustaz Adnin
Di nyanyikan oleh: Rabithah
***
VERSE 1:
Tikaku sendiri,
mengenang nasib diri,
ke mana ku kan pergi?
ku damba redha-Mu,
namun cinta-Mu,
jauhnya dariku...
Ya Allah tuhanku,
kurniakanlah aku,
secebis air mata,
beratnya dosaku,
gelapnya hatiku,
tuk menangis kerna-Mu...
KORUS:
oh tenangnya bahgianya,
damai tak terkata,
menangis pada-Mu,
kenang dosa lalu,
rindui diri-Mu..
Oh Tuhanku kurniakanku,
secebis air mata,
pabila ku resah,
engkau di hatiku,
hati jadi tenang!!!😢
VERSE 2:
tika ku merindu (mengingati-Mu)
ku kan mengingati-MU,
menyebut nama-Mu selalu,
cinta-Mu ku buru,
kasih-Mu ku tuju,
damba keampunan-Mu!!
KORUS:
oh tenangnya bahgianya,
damai tak terkata,
menangis pada-Mu,
kenang dosa lalu,
rindui diri-Mu..
Oh Tuhanku kurniakanku
secebis air mata,
pabila ku resah ,
engkau di hatiku,
hati jadi tenang...
(kurniakan aku secebis air mata
beratnya dosaku
gelapnya hatiku
tuk tangisan kerna-Mu,
oh tuhanku..)
Wednesday, 5 February 2014
kehidupan seharian kita
Bismillahhirrahmanirahim....dengan nama Allah Yang Maha Mengampun lagi Maha Mengasihani...
alhamdulillah, kita masih diberikan kesihatan yang baik dan masih lagi hidup di atas muka bumi ini..emm saya sengaja mahu meluahkan perasaan saya di dalam blog nie..emm kehidupan kita ini saling tak tumpah dengan roda.. eh kenape ye saya kata sebegini?? hmm...ye la mana tak nya..cuba kawan-kawan pejam mata sekarang...eh..eh..tak payah la nnti tak dapat baca apa yang nak ceritakan and luahkan pada kawan2 semua..hihihi..emm ye la mana tak nya..mari kita bayangkan..'RODA' sekejap kita di atas..sekejap kita di bawah..hah..! sama juga dengan kehidupan seharian kita..kehidupan kita pulak macam nie, apabila seseorang tu berlaku sesuatu kejadian kepada dirinya pada dahulu kala, and tidak berkemungkinan jugak perkara yang telah berlaku padanya dahulu akan terjadi kepada dirinya yang sekarang..
apa yang saya cuba nak sampaikan ni nnti kita smbung ea..maah deh..semoga ketemu lagi..k assalamualaikum

Thursday, 26 September 2013
Sejarah cinta Nabi Yusuf a.s. dgn Zulaikha.
Nabi Yusuf a.s. dipenjara oleh Al-Aziz, pembesar Mesir yg merupakan suami Zulaikha kerana peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf a.s. dengan menarik baju yg dipakainya sehingga terkoyak di belakang.
Dengan izin Allah, seorang bayi yg kebetulan ada di situ berkata2 dan membersihkan nama Nabi Yusuf a.s. yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf a.s. hingga Al-Aziz terpaksa melepaskannya.
Setelah 12 thn, Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dan akhirnya dilantik menjadi raja. Pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf a.s. berjalan2 dipasar. Baginda terjumpa seorang perempuan tua yg gila dan asyik menyebut2 namanya. Rupa2nya perempuan itu ialah Zulaikha.
Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf a.s. dan mereka berkahwin. Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yg lebih abadi. Dia benar2 bersyukur kerana Allah SWT telah memberi peluang kedua padanya.
Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf a.s. luput, digantikan dengan cinta kepada Allah SWT. Masanya dihabiskan dgn bermunajat kepada Allah sehingga tidak memperdulikan Nabi Yusuf a.s. yg suatu waktu dulu digilainya.
Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf a.s. menarik baju Zulaikha yg asyik beribadat. Kemudian Nabi Yusuf a.s. memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yg akan membawa kebenaran.
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Friday, 16 August 2013
surat buat bakal suami ku...~
SURAT UNTUK BAKAL SUAMIKU
Pertama sekali, aku bersyukur kerana Allah temukan kita. Aku tahu aku bukanlah wanita terakhir yang kamu ada. Aku tahu ramai lagi wanita diluar sana yang sempurna, yang kamu berusaha untuk mengenalinya. Tapi sekiranya kamu jodohku, kamu memilihku, aku akan berusaha memahami dirimu apabila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi isteri yang taat, solehah, menyanyangimu setiap hembus nafasku, yang dapat menjagamu ketika sakit, dan dapat berkhidmat seumur hidupku sebagai seorang isteri.
Aku juga tahu, aku bukan wanita yang sempurna. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang sempurna. Terimalah aku seadanya. Aku yakin yang kamu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik, yang dapat membimbing anak anakku nanti.
Bakal suamiku yang dikasihi,
Sebagai wanita moden, aku tidak akan mengharapkan hantaran beribu-ribu atau berjuta-juta daripadamu. Ikutlah kemampuanmu, aku tidak mahu membebanimu. Kerana hantaran yang murah itu, adalah sebaik-baik wanita. Semasa aku menjadi isteri mu, aku juga tidak mahu wang berlebih-lebihan daripadamu kerana aku punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku. Cukuplah sekadar mampu. Kerana aku bukan mengukur kemewahan dan kekayaan itu sebagai pengukur kebahagianku.
Bakal suamiku yang budiman,
Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu, kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka, dan senantiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha, TUHAN juga akan merestui perjalanan kita. Sama jugalah dengan perhubungan kamu dengan ibu ku. Janganlah kerana aku sudah sah milikmu, kamu ketepikan mereka. Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna. Berterima kasihlah kerana mereka tabah dan sabar mendidik aku, sehingga dewasa begini. Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu ku sendiri. Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri.
Bakal pemimpinku sayang,
Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum ALLAH. Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami, berterus teranglah dengan diriku agar aku dapat membuat persediaan dari segi mental. Aku wanita yang lemah, doakan lah aku tabah dan redha ketentuan ALLAH. Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu, dengan syarat berlaku adil. Adil itu bukan pada kamu yang mengadili, tapi kami isteri yang diadili. Maka berlaku adillah semampu kamu, kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu, kamu sudah cukup muhasabah diri, menghakimi diri sendiri dan sudah bersedia menanggung dosa isteri-isterimu. Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti.
Aku adalah rusukmu yang bengkok, maka luruskanlah aku dengan kasih sayang. Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung, tapi dekat di bahu untuk dilindung, dekat pula di hati untuk dikasihi. Maka kasihilah aku seadanya, selagi layak aku dikasihi.
Buat bakal suamiku,
............................

The Muslimah Next Door: Kenapa manusia perlu AGAMA?
The Muslimah Next Door: Kenapa manusia perlu AGAMA?: Pernah tak anda tefikir kenapa diri anda perlukan agama? Boleh ke manusia hidup tanpa agama?well, kalau kita tanya Atheist pasti di...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)